Saturday, April 17, 2010

al-fatihah utk acik spin

Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
SUMBER : http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...i&pg=bt_14.htm


aku copy berita ni dari internet..terkjot jgk aku bila dgar cita ni..bru ja aku tgk kt tv td rancangn JANGAN TIDUR LAGI yg bkal disiarkan nanti tu artis undangan dia acik spin..tp suma ni bkan kehendak kita..Allah lebih sygkan mereka2 yg telah pergi..sedih ngn arwah din pon blom semboh,now industri music digemparkan lg...tp pe kan daya,ALLAH telah berfirman "jika ajal seseorang itu sudah sampai maka waktunya adalah tetap dan tepat.. tidak kurang atau lebih sesaat pon"...pd ahli kluarganya diharap banyakkan bersabar dan berdoa..semoga tabah menempuhi dugaan ini...sy ucapkan takziah..pe2 pon kita doakan arwah diterima Allah dan ditempatkan dikalangan hamba2 yg soleh..amin...Al-Fatihah pd acik spin dan suma hamba Allah yg telah pulang menemuiNya..amiiinn...

0 comments:

Post a Comment